Thursday 21 April 2011

ABU YA- MILLION EUPHORIA,FINAS,LPF & SINEMA

SALAM Ya SALAM...Saat ini semua pengkarya & penggiat filem tempatan mengeluh dengan Skim Wajib Tayang 1 Minggu 1 Filem Melayu...Jauh dari itu; cara pejadualan & penggiliran yang dibuat oleh FINAS melalui AHLI JAWATANKUASA WAJIB TAYANG juga banyak menimbulkan kekeliruan kepada khalayak!

Tiada sebarang garis panduan baru untuk para penerbit membuat permohonan menyertai Skim Wajib Tayang ini, Lantas ramai yang masih berasa selesa & berpendapat cara penjadualannya masih seperti sedia kala iaitu bergantung kepada sijil A dari LPF!

Benarkah begitu? Kita tunggu dan lihat sejauhmana dasar dan asas ini mempunyai kekebalan dan tidak terdapat ketirisan! Apa yang pasti,ketika ini ada sebuah filem yang memegang sijil A pada Disember 2010 gagal untuk kepanggung dan tarik tersebut diperolehi oleh filem yang memegang sijil A Februari 7 March 2011. Hal ini kerana penerbitnya secara langsung terlibat dengan FINAS! Kedua-duanya adalah Ahli Lembaga FINAS!

Hahahahahahahahahahahahahaaha....apakah nasib filem Gue juga akan ditentukan oleh komiti ini? Minta simpang...

Friday 15 April 2011

AKHIRNYA...LPF POTONG 2 MINIT FILEM ABU YA-kesesatan melangkaui batasan

SALAM Ya SALAM... Nampaknya selepas berada di LPF selama 10 hari filem pertama arahan gue ABU YA Part II- kesesatan melangkaui batasan; telah diluluskan oleh LPF DENGAN PEMOTONGAN  2 minit 30 saat. ALHAMDULILLAH! Antara scene yang di potong tapis ialah pada reel 2,reel 4 dan reel 5.Ianya melibatkan 6 shot sahaja! Langsung tidak menjejaskan apa cerita yang diangkat ke layar perak ini! Tiada sebarang pemotongan keseluruhan scene dan kepujian sudah semestinya diberikan kepada 1'st Ast Drct-Sam Ramly dan Penyunting kesayangan Gue, Brader Salim Saifuddin yang telah banyak mengenengahkan idea bagi kesuksesan filem ini. Tq to u all!

Sesungguhnya semua scene yang cuba Gue paparkan di dalam filem pertama Gue ini adalah diangkat dengan penuh tanggungjawab & keikhlasan dalam menterjemahkan setiap babak itu dapat dilihat & dirasai oleh panel penapisan! Kewajaran setiap babak juga tidak dapat dipertikaikan kerana diperkuatkan dengan dialog yang sangat memikat ahli lembaga penapisan!

Sebagai sebuah naskah seni yang terlalu rapat dengan kesusateraan moden, tidak keterlaluan Gue katakan ABU YA adalah sebuah hasil kerja seni berkumpulan yang sangat menekan kepada kekuatan kata bual.

Filem ini menjadi lebih cantik dengan persembahan meyakinkan dari FAIZAL HUSSEIN dan dibantu oleh SUHAILLAH SALAM,ADREA ABDULLAH & JUE AZIZ. Watak-watak yang dijayakan oleh YANK KASIM,KHIR MD NOR,ARY MUHAMMAD,ROY MADADA,HALIM RAHMAN & IQBAL MAZLAN ternyata mengangkat ABU YA sebagai HERO ANTAGONIS yang belum pernah dilihat di layar perak lewat eksperementasi dari filem era 60-an 'ISI NERAKA'!

Insyaallah...jika segala-galanya berjalan dengan lancar...filem ini akan menemui penonton pada penghujung November tahun ini!

Tuesday 5 April 2011

stillphoto ekslusif ABU YA



















Antara koleksi photo ekslusif & terbaik dari filem ini!

TAWI GAGAP & MANAN MAMAK : ROY MADADA & HALIM MAMAK


BOOOOOOOOOOOM! Ini adalah watak paling kontroversi dalam filem ini kerana mereka adalah pasangan kekasih! GAY in the house!

PENGARAH FOTOGRAFI : ZULKIFLI ZAIN

Tidak banyak eksperementasi yang kami lakukan di dalam fiem ini. Gue sebagai pengarah baru dalam industri berasa bersyukur kerana dapat berkerjasama dengan DOP ini kerana ada sedikit kesegaran dalam berkarya dan mempersembahkan sesuatu yang baru kepada khalayak! Sekiranya berkesempatan gue akan cuba untuk berkerjasama lagi dengan DOP ini & sudah semestinya untuk kali yang ke-2 itu nanti kami akan berusaha sedaya upaya melakukan ekperimentasi terutamanya dari sudut sinematografinya!

ALI ZAKARYA : IQBAL MAZLAN

Ini adalah hero filem Melayu yang sedang dalam pembikinan namun dia perlu lebih banyak mengumpul pengalaman di lokasi-lokasi besar jika berhasrat untuk terus 'bermain' di layar perak!

KHONG KHEK KHUAT : BOB SINGAH

Watak ini adalah watak yang paling rapat dengan ABU YA! Ia dijayakan oleh BOB dengan begitu baik!

AMIN JUTA : SABRIE FADZIL

Lantaran pelakon ini sangat 'bagus' dan berada pada kelasnya yang tersendiri;gue sebagai pengarah menggunakan cara yang paling baik semampu gue untuk memanfaatkan setiap kemunculannya supaya menjadi ingatan kepada seluruh khalayak setiap kali menonton filem ini. Kelebihannya di dalam lakonan sangat banyak dan dia antara watak yang para penonton tidak akan berasa puas untuk menonton lakonannya!

AKOB MOROCO : KHIR MD NOR

Aha! karekter dan kebolehan semulajadi disamping pengalaman menjadikan Brader KHIR sebagai pendukung watak yang tidak jemu untuk ditonton!

HUSIN TEMPAYAN : ARY MUHAMMAD

Ini adalah lakonan terbaik dari pelakon ini. Kemunculannya di dalam setiap babak menjadi kesinambungan kepada setiap penceritaan dalam ABU YA!

ALIAS GURUH : YANK KASIM

Antagonis adalah sinonim dengan YANK KASIM & di dalam ABU YA wataknya sangat mencabar kerana dia belum pernah melakonkan antagonis yang bersifat 'cool'. Ini adalah antara watak yang akan menarik minat khalayak untuk menontonnya berulang kali di pawagam.Insyaallah! Alias bermain dengan fizikal dan emosi. Ternyata pemilihan YANK KASIM untuk watak ini paling tepat!

ISTERI KE-2 YANG OBSESI PADA KECANTIKAN: GEENA ALIF

Sebagai pendatang baru dalam industri, pelakon ini perlu melalui beribu-ribu proses lagi untuk memberi cabaran kepada diri sendiri!

ISTERI KE-4 YANG KRONIK : JUE AZIZ

Sememangnya JUE AZIZ tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam industri kerana rata-rata wajah dan lakonannya memenuhi stesyen tv tempatan ketika ini.

Sebagai SURAYA yang menjadi isteri ke-4 ABU YA; watak ini gue wujudkan untuk mencantikkan filem dan mendramatikkan perjalanan keseluruhan cerita ini.

Sebagai seorang pengarah gue rasa keseimbangan antara lakonan dan lontaran vokal pelakon ini masih perlu diperkemaskan sekiranya dia ingin meneroka layar besar secara serius!

ISTERI KE-3 BERKETURUNAN PATTANI-ADREA ABDULLAH

Jika ditanya tentang watak & perwatakan di dalam filem ABU YA ini; ADAWIYAH adalah antara watak yang mewarnai perjalanan ceritanya. Seorang perempuan & isteri yang ingin menguasai segala-gala dipersekitarannya tanpa mengambil kira natijah dan bagaimana cara untuk melakukannya!

Sememangnya ramai telah mengetahui bakat dan komitmen Adrea terhadap setiap watak yang dibawanya sebelum ini. Pelakon ini mempunyai masa hadapan yang cerah sekiranya berjaya mencari keasliannya dan cuba menjadi dirinya sendiri!

Monday 4 April 2011

EMOSI ISTERI PERTAMA...SUHAILLAH SALAM


Watak RUBIYAH di dalam ABU YA yang dibawa oleh SUHAILLAH pasti akan menjadi perbualan pengkritik filem tempatan kerana pelakon ini telah berjaya memainkan emosinya dalam ruang yang sangat terhad! Tanpa banyak melaukan pergerakan dan bahasa tubuhnya,SUHAILLAH telah berjawa menjiwai watak seorang isteri tua yang sedang terseksa secara emosi.

Dia sanggup dan merelakan segala yang dilakukan oleh suaminya dalam usaha untuk mempertahankan dan membuktikan kesetiaan,kasih & sayangnya kepada sebuah ikatan yang dipanggil perkahwinan.

Watak RUBIYAH di dalam filem ini tidak menampakkan sebarang persaingan dengan ketiga-tiga madunya. Watak ini berdiri dengan kekuatan emosi pelakonnya dan pemilihan SUHAILLAH SALAM untuk watak ini adalah sesuatu yang tepat!

BRAVO...FAIZAL HUSSEIN




Pada gue berader ni adalah calon pertama gue untuk bawa watak utama dlm naskah gue kecualilah dia tak free baru gue akan beralih ke hero lain!Komitment tinggi,asas lakonan kukuh & disiplin tahap tertinggi! Persembahannya dalam Abu Ya telah memukau ramai funder dari luar & gue rasa tahun 2011 akan menjadi miliknya kalau dia kekal selektif dalam kemunculannya di layar perak dan meminimakan kemunculannya di layar kaca!

Sebagai pelakon yang tidak perlu diperkenalkan lagi di pentas lakonan tanahair ini gue rasa sangat bertuah apabila dalam filem pertama arahan gue ini mencapai kehendak dan kepuasan Penerbit & Penasihat Penerbitan gue Ybhg Dato Sivamohan.

Keterujaan terhadap karekter Faizal di dalam ABU YA ketika ini sedang menjadi bualan di LPF! Ramai yang mengatakan mutu pengarahan gue dalam mendapatkan mood sebenar ABU YA sangat baik tetapi sebenarnya pada gue...mana-mana pengarah pun mampu melakukan sepertimana yang gue lakukan malahan mungkin lebih baik lagi jika diberikan FAIZAL HUSSEIN!

Gue cuma perlu duduk dengannya seminggu sebelum pengambaran, tiap-tiap hari di lokasi selama 10 minit untuk berbincang babak yang akan dilakonkan keesokkan harinya & akhirnya gue cuma perlu duduk di kerusi pengarah untuk merakan emosi,mood,intonasi dan pergerakan hero gue!

Seperingatan gue, majoreti take yang gue dapat dan gunakan untuk Faizal adalah  one take! Kalau ada 2@3 take pun ternyata take yang pertama adalah yang terbaik untuk filem ini dari Faizal! Itulah SUPERBnya FAIZAL HUSSEIN!

ABU YA-kesesatan melangkaui batasan : Part 11



Perkhabaran dari LPF; hari ni merupakan hari ke-3 filem pertama gue berada di KDN. Katanya terpaksa melalui sekurang-kurangnya satu screening lagi kerana semalam dia orang screening tak cukup komitie tanpa kehadiran panel dari JAKIM. Tak mengapalah...biar dia orang tengok sampai puas hati dulu kerana nanti tak akan timbulperkara berbangkit di belakang hari. Perjalanan ceritanya terlalu mudah tetapi katanya ada menyentuh sensiviti keagamaan! Tak tau lah dari sudut mana yang menyentuh sensiviti keagamaannya. Gue & team bikin filem ini dengan penuh tanggungjawab dan berpaksikan kepada satu TEMA cerita iaitu KETAKSUBAN MEMBABIBUTA KEPADA PEMIMPIN AKAN MENYEBABKAN RUNTUHNYA SESEBUAH KOMUNITI! Pelarisnya adalah Faizal Hussein,Suhaillah Salam,Jue Aziz,Adrea Abdullah,Iqbal Mazlan dan beberapa teman gue yang lain seperti Yank Kasim, Ary Muhammad, Khir Md Nor,Halim Rahman, Roy Madada & Geena Alif.

Cuma mungkin kupasan tentang KESESATAN di dalam filem ini agak terperinci lantaran itulah ianya terpaksa melalui screening berulang kali. Ini adalah petanda kepada gue & team yang filem ini bakal mengundang kontroversi & akan menarik khalayak untuk menonton lebih dari sekali walaupun perjalanan ceritanya agak mellow bagi sesetengah pengkritik!

Gue berharap & amat berkeyakinan yang unit A&P filem ini akan mengambil kesempatan sepenuhnya untuk boomkan filem ini sebelum tayangannya! Insyaallah.

Apa pun harapan yang gue & team sandarkan kami tetap berpijak di bumi yang nyata kerana situasi ketika ini tidak banyak membantu filem-filem tempatan; ditambahkan dengan Skim Wajib Tayang yang telah dikurangkan menjadi 1 minggu 1 filem Melayu dewasa ini.

Filem ini akan buat pertama kalinya menemui khalayak ialah pada 16 September 2011 melalui TAYANGAN DIRAJA yang bakal diumumkan dalam masa terdekat oleh Penerbitnya!  
Gue dah declare movie yg akan gue roll dari tahun  ni sampai disember 2012...so, sekarang inilah gue punye team yg gue kira sesuai dengan jiwa gue untuk buat sesuatu dalam industri! Dia orang ni adalah dari background yang berbeza-beza tetapi mempunyai satu misi,visi dan pandangan yang sama dalam sesuatu yang menjadi 'rahsia besar' sesebuah organisasi! MAAF HANYA GUE YG TAHU BENDA TU- & ianya bukan untuk di kongsi di sini!

Dia orang melekat di jiwa atas faktor yang sangat kuat iaitu BERANI ( gue ada definesi gue sendiri tentang berani jadi gue select ikut suke hati mak bapa gue! SETIA juga gue ambil kira! JUJUR kriteria yang tak gue ketepikan! PROFESIONALISME bukan satu benda yang gue cari kerana ianya akan datang sendiri apabila lu orang tengok my team berkerja! Mereka telah lalui kehidupan yang cukup untuk menjadikan mereka pro dalam bidang masing-masing. Gue tak nak promosi dulu...lu orang boleh tengok bagai mana team ini akan menjadi sebutan dalam industri pada penutup 2012! Tahun 2013 kami akan bersidang untuk postmortem dan menilai ikatan kami samada kami akan teruskan atau akan menjadi 11 syarikat yang membentuk satu konsortium dalam membawa misi kami untuk dikongsi bersama 30 JUTA rakyat Malaysia!

Gue telah melepasi satu fasa untuk mengukuhkan teras dan dasar selama 5 tahun dan kini gue akan membina strukturnya. Insyaallah dengan izinNYA pintu tahun 2013 akan kami buka sama-sama dengan penuh GEMILANG!    

THIRTEENTH FILM, THIRTEENTH SCRIPT BY IMRAN ISMAIL TOWARDS 2012



Berjuta kesyukuran gue panjatkan kehadrat Ilahi kerana dikelilingi oleh persekitaran yang sangat membantu dan memotivasikan diri. Famili ( is3 &anak-anak ) serta kawan-kawan yang menjadi sebahagian dari tunjang team gue ini ternyata antara yang terbaik. Selepas filem gue ABU YA part 11 &  BABY...bakal menyusul filem-filem seperti -  2( DUA @ TWO), SANGKAK SANG SUTRADARA ( komedi ), ABU YA part 1, KHON MALAY, BABY part 11, BLUES UNTUK AKU, ABU YA part 111,WAN MAT SAMAN, ABU YA part 1V- THE FINALE, GUE CAYA LU BEB dan KAMIKAZE yang akan menutup kalendar 2012.Insyaallah.

DATIN GHAIRAH OST

Ahaaaaa...inilah dia filem ke 2 DE BARON yg mana gue salah seorang penerbitnya yang akan menemui khalayak pada hari raya puasa nanti. Insyaallah. Filem ini ramai yg kata filem sampah kerana kami bikin 13 hari sahaja. & Pengarahnya adalah seniman besar SABRIE FADZIL. Kepujuan harus di berikan kepada Sutradara ini kerana dia berjaya menghabiskan filem ini dalam masa 13 HARI. Sekurang-kurangnya filem ini telah siap sepenuhnya dan akan diedar oleh MIG! Ramai yang kata Sutradara ini di selamatkan oleh penampilan Aaron Aziz & Maria Farida. Betul ke begitu? Apa apa pun gue tak kisahlah asalkan filem ini dapat kutip balik duit pembikinannya sahaja. Sebagai seorang kawan gue secara peribadinya bangga juga dengan diri sendiri kerana dapat kasi SABRIE FADZIL peluang buktikan apa yg dia dok war-warkan kepada industry pasal filem ini. Mungkin tak sampai 40 juta kutipannya tetapi sekurang-kurangnya ada sesuatu yg mampu dibuktikan! Filem ini akan berjaya tetapi bukan dari segi kutipannya tetapi dari sudut yg lain...paling tidak pun ini adalah sumbangan dari syarikat untuk menambahkan bilangan pengarah di dalam industry. Samada pengarah itu pengarah sampah atau tidak, biarlah khalayak yang tentukan! Hahahahahahaahhahahahahahahahaah.

BABY- PRIDE in the name of FIGHT


SINOPSIS
DHIN HUN seorang peninju yang tinggal di sempadan Malaysia Thai di utara Kedah. Isterinya bernama Vainee dan mempunyai 2 orang anak bernama bernama Aikon dan Baby Cintya. Baby Cintya dilahirkan disaat Deng Hong menang satu perlawanan tinju di selatan Thailand.
Kerana bapanya seorang peninju menyebabkan Baby Cintya tidak dapat lari dari minatnya terhadap tinju. Abangnya Aikon juga menjadi seorang peninju dan akhirnya dia sendiri menguruskan kelab tinju ayahnya setelah ayahnya bersara. Dari situ juga lah Baby Cintya berlatih dari hari ke hari sebagai peninju.
Suatu hari datang seorang penganjur pertandingan tinju bernama BAI ALI yang akan  menganjurkan perlawanan tinju peringkat amatur yang melibatkan peninju wanita yang pertama dianjurkan di Thailand. Dalam pertandingan itu Baby Cintya telah menang.
Sejak dari itu Baby Cintya telah menjadi seorang peninju dan menjadi terkenal. Perlawanan demi perlawanan disertai oleh Baby Cintya sehinggalah dia menjadi seorang peninju profesional dan mendapat latihan di Kuala Lumpur. Dengan bantuan promoter terkenal iaitu Bai Ali, banyak pertandingan di peringkat antarabangsa sehingga dia berjaya mendapat ranking dunia di peringkat light heavyweight.
TERBITAN: NORTHSTAR ACRES SDN BHD
PENERBIT: FARID OMAR, IMRAN HAJI ISMAIL
PENGARAH: IMRAN HAJI ISMAIL
PENOLONG PENGARAH: SAM RAMLEE, SHAH, RASHID
PENERBIT EKSEKUTIF: SAM, SYED PA, JOE, TOI
DOP: MIMIE
PENERBIT PENYELARAS: ANJAS, MING, KHALID
PELAKON UTAMA: FAIZAL HUSSEIN, JULIA ZIEGLER
TARIKH PENGAMBARAN: 16 MEI 2011
PENGARAH A&P: NINA IMRAN
PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM: BAI GRINDER


ABUYA

Poster ABU YA - kesesatan melangkaui batasan:Part 11 bakal berada di pawagam seluruh negara menjelang Hari Raya Puasa nanti...tapi sebelum itu AWAS poster 'AKAN DATANG' akan menjengah pawagam dalam masa terdekat! Segala kekurangan sila komen terus ke gue...kita kongsi idea & apply terus untuk penambahbaikkan!

PADAN MUKA AKU


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...Inilah dia filem pertama Gue...ABU YA-kesesatan melangkaui batasan: Part 11...Sebelum ini kekurangan dari segi lakon layar dalam Filem JALANG, 2 ALAM & Datin Ghairah seringkali dikaitkan dengan Gue; walaupun hakikatnya bukan gue yang menulis lakon layarnya! Gue cuma Penerbit bersama beberapa teman gue seperti Hajjah Zailina Md Zain & Dato Dr Rozmey Che Din! Bukan ingin melepaskan segala tanggungjawab malahan sampai sekalang pun gue masih mengakui kegagalan filem-filem tersebut melekat dan memenangi hati khalayak adalah kerana kelemahan gue! Gue telah temui beberapa faktor kelemahan tersebut dan akhirnya gue buat satu kesimpulan: PADAN MUKA GUE!