Wednesday 14 September 2011

1945-Malaya Tanpa Melayu

Kisah bermula dari kekalahan Jepun di Tanah Melayu dan Komunis berpisah gabungan dengan British setelah rasa diketepikan dalam banyak hal berkaitan agihan kekuasaan. Orang-orang Melayu mula berpecah kepada beberapa kelompok untuk bersama British,Komunis,saki baki pengaruh aristokrat yang bersekongkol dengan Nipon dan ramainya yang ingin berkuasa atas kapasiti Tanah Melayu adalah untuk Melayu. Timbul penentangan demi penentangan. Golongan yang diketuai oleh aristokrat dan bangsawan Melayu sesetengahnya mula membentuk kesatuan yang menjadikan Raja-Raja Melayu sebagai simbol perjuangan.

Di Baling,Komunis telah menguasai hampir keseluruhan kawasan itu dan menjadikan lelaki Melayu 'mandul' dengan harapan tiada lagi baka Melayu akan dihasilkan di situ. Di sinilah munculnya wirawati Melayu Tengku Soraya Tengku Putih menyeru dan membentuk sebuah unit untuk mengangkat senjata melawan kekejaman dan kerakusan Komunis.

Cerita ini berakhir dengan peristiwa Perjanjian Baling yang menemukan Chin Peng dan Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj. Chin Peng yang ditemui Tunku sebenarnya adalah Komander Ke-2 Komunis sahaja kerana Chin Peng yang sebenarnya telah dibunuh setelah dia merogol Tengku Soraya. Peristiwa inilah yang akan diangkat di dalam filem ini.

Filem ini adalah inspirasi dari kesengsaraan Melayu pada zaman tersebut!