Monday, 6 June 2011

KHON MALAY- Buah Tangan Terbaru

ALHAMDULILLAH...Gue akan roll lagi dlm masa terdekat dgn cuba mengekalkan berapa banyak kengkawan yg boleh berkerja bersama Gue. Ini bukan pasal nak tunjuk power atau soal siapa pandai bodek atau apa2 kerana Gue tak ada apa2 yg perlu di buktikan pun! Gue bikin filem sebab memang Gue nak buat benda ni. Gue anggap benda2 lain yang datang selepas dari inisiatif Gue ini sebagai satu 'bonus'...sebab tu lah apa saja rintangan & cabaran yg datang Gue dapat lepas dgn bergayanya...berkat & dgn izin Allah SWT!

Khon Malay, mengisahkan kehidupan sebuah keluarga keturunan Siam yang tinggal di sebuah kampung di daerah Pendang,Kedah. Sejarah keluarga ini ialah mereka membenarkan anak lelaki sulung mereka di jaga dan di pelihara oleh seorang Melayu. Akhirnya anak tersebut membesar mengikit cara Islam dan memeluk agama Islam. Mereka merestuinya!

Manakala sepasang anak yang masih tinggal dengan mereka membesar sebagai seorang lelaki dan perempuan yang mempunyai karekter berbeza dalam menggapai cita-cita masing2. 

Chyintia a/p Dhin Hun akan di gambarkan sebagai seorang perempuan bumiputera Malaysia yang tinggal di sebuah kawasan pedalaman yang sangat jauh dari metropolitan tiba-tiba sahaja menjadi popular serta namanya meniti di bibir setiap peminat bixsing seluruh dunia selepas berjaya menjadi wanita pertama dari Malaysia yang berjaya menjadi peninju terbaik wanita pada kelasnya tersendiri!

Biografi peninju wanita ini akan didokumentasikan dan akan Gue angkat ke layar perak.Insyaallah! 

Ketika ini Gue telah mengujibakat tidak kurang dari 10 artis terkenal bagi menjayakan watak mencabar dan tidak mampu dilepaskan oleh mana2 pelakon wanita tanahair.tetapi buat sementara waktu produksi kami belum mahu mengumumkan siapa yang paling sesuai untuk menjayakan watak ini disamping Faizal Hussein,Murad Zaidi,Ary Muhammad,Rosnah Johari,BoB Aziz Singah,Yank Kasim,Man Bai,Joe Filzzow dan ramai lagi. 

Insyaallah,Gue akan mengumumkannya dalam masa terdekat...-PEACE NO WAR- imranhajiismail 

Sunday, 5 June 2011

10 NOVEMBER 2011 - ABU YA KE PAWAGAM SELURUH NEGARA

Akhirnya filem pertama arahan gue,ABU YA-KESESATAN MELANGKAUI BATASAN Part II akan menemui khalayak pada 10 November 2011 ini. Insyaallah, semua orang akan dapat menyaksikan sebuah filem yang lain dari yang lain terutama dari segi adunan ceritanya! sEBAGAI SEBUAH KARYA YANG PERTAMA,filem gue ini bukanlah yang terbaik...ianya sekadar sebuah fiem melayu yang cuba dibuat dengan lebih berani terutamanya dalam melontarkan pemahaman gue tentang sesebuah kreativiti dalam pembikinan filem!

Sudah semestinya ada sesuatu yang telah menjadikan filem ini digredkan sebagai sebuah filem Melayu dibawah klasifikasi 18 tahun ke atas... Sama-sama kita nilai filem ini selepas ianya berada di pawagam nanti!