Showing posts with label faizal. Show all posts
Showing posts with label faizal. Show all posts

Monday, 4 April 2011

BRAVO...FAIZAL HUSSEIN




Pada gue berader ni adalah calon pertama gue untuk bawa watak utama dlm naskah gue kecualilah dia tak free baru gue akan beralih ke hero lain!Komitment tinggi,asas lakonan kukuh & disiplin tahap tertinggi! Persembahannya dalam Abu Ya telah memukau ramai funder dari luar & gue rasa tahun 2011 akan menjadi miliknya kalau dia kekal selektif dalam kemunculannya di layar perak dan meminimakan kemunculannya di layar kaca!

Sebagai pelakon yang tidak perlu diperkenalkan lagi di pentas lakonan tanahair ini gue rasa sangat bertuah apabila dalam filem pertama arahan gue ini mencapai kehendak dan kepuasan Penerbit & Penasihat Penerbitan gue Ybhg Dato Sivamohan.

Keterujaan terhadap karekter Faizal di dalam ABU YA ketika ini sedang menjadi bualan di LPF! Ramai yang mengatakan mutu pengarahan gue dalam mendapatkan mood sebenar ABU YA sangat baik tetapi sebenarnya pada gue...mana-mana pengarah pun mampu melakukan sepertimana yang gue lakukan malahan mungkin lebih baik lagi jika diberikan FAIZAL HUSSEIN!

Gue cuma perlu duduk dengannya seminggu sebelum pengambaran, tiap-tiap hari di lokasi selama 10 minit untuk berbincang babak yang akan dilakonkan keesokkan harinya & akhirnya gue cuma perlu duduk di kerusi pengarah untuk merakan emosi,mood,intonasi dan pergerakan hero gue!

Seperingatan gue, majoreti take yang gue dapat dan gunakan untuk Faizal adalah  one take! Kalau ada 2@3 take pun ternyata take yang pertama adalah yang terbaik untuk filem ini dari Faizal! Itulah SUPERBnya FAIZAL HUSSEIN!

ABU YA-kesesatan melangkaui batasan : Part 11



Perkhabaran dari LPF; hari ni merupakan hari ke-3 filem pertama gue berada di KDN. Katanya terpaksa melalui sekurang-kurangnya satu screening lagi kerana semalam dia orang screening tak cukup komitie tanpa kehadiran panel dari JAKIM. Tak mengapalah...biar dia orang tengok sampai puas hati dulu kerana nanti tak akan timbulperkara berbangkit di belakang hari. Perjalanan ceritanya terlalu mudah tetapi katanya ada menyentuh sensiviti keagamaan! Tak tau lah dari sudut mana yang menyentuh sensiviti keagamaannya. Gue & team bikin filem ini dengan penuh tanggungjawab dan berpaksikan kepada satu TEMA cerita iaitu KETAKSUBAN MEMBABIBUTA KEPADA PEMIMPIN AKAN MENYEBABKAN RUNTUHNYA SESEBUAH KOMUNITI! Pelarisnya adalah Faizal Hussein,Suhaillah Salam,Jue Aziz,Adrea Abdullah,Iqbal Mazlan dan beberapa teman gue yang lain seperti Yank Kasim, Ary Muhammad, Khir Md Nor,Halim Rahman, Roy Madada & Geena Alif.

Cuma mungkin kupasan tentang KESESATAN di dalam filem ini agak terperinci lantaran itulah ianya terpaksa melalui screening berulang kali. Ini adalah petanda kepada gue & team yang filem ini bakal mengundang kontroversi & akan menarik khalayak untuk menonton lebih dari sekali walaupun perjalanan ceritanya agak mellow bagi sesetengah pengkritik!

Gue berharap & amat berkeyakinan yang unit A&P filem ini akan mengambil kesempatan sepenuhnya untuk boomkan filem ini sebelum tayangannya! Insyaallah.

Apa pun harapan yang gue & team sandarkan kami tetap berpijak di bumi yang nyata kerana situasi ketika ini tidak banyak membantu filem-filem tempatan; ditambahkan dengan Skim Wajib Tayang yang telah dikurangkan menjadi 1 minggu 1 filem Melayu dewasa ini.

Filem ini akan buat pertama kalinya menemui khalayak ialah pada 16 September 2011 melalui TAYANGAN DIRAJA yang bakal diumumkan dalam masa terdekat oleh Penerbitnya!