Sunday, 5 June 2011

10 NOVEMBER 2011 - ABU YA KE PAWAGAM SELURUH NEGARA

Akhirnya filem pertama arahan gue,ABU YA-KESESATAN MELANGKAUI BATASAN Part II akan menemui khalayak pada 10 November 2011 ini. Insyaallah, semua orang akan dapat menyaksikan sebuah filem yang lain dari yang lain terutama dari segi adunan ceritanya! sEBAGAI SEBUAH KARYA YANG PERTAMA,filem gue ini bukanlah yang terbaik...ianya sekadar sebuah fiem melayu yang cuba dibuat dengan lebih berani terutamanya dalam melontarkan pemahaman gue tentang sesebuah kreativiti dalam pembikinan filem!

Sudah semestinya ada sesuatu yang telah menjadikan filem ini digredkan sebagai sebuah filem Melayu dibawah klasifikasi 18 tahun ke atas... Sama-sama kita nilai filem ini selepas ianya berada di pawagam nanti!

5 comments:

  1. Salam,saudara imran,saya secara tidak sengaja terjumpa posting filem abuya ini semasa mencari gambar faizal hussein.saudara,saya bukan daripada ahli lembaga penapis filem,mahupun daripada mana2 golongan seniman,tetapi daripada sedikit ilmu yang saya ada,filem saudara jauh menyimpang daripada kehidupan sebenar abuya,saya bukanlah pengikutnya,tetapi saya juga tahu serba sedikit tentang cara hidup beliau.malah saudara terlalu melampau apabila menayangkan aksi yang menjatuhkan maruah wanita,walaupun ia dengan kerelaan aktress .jika saudara ingin memberitahu masyarakat kehidupan sebenar abuya berdasarkan filem saudara,nescaya saudara akan membangkitkan kemarahan masyarakat,sama ada golongan pengikut abuya atau tidak.saya juga diberitahu saudara adalah penulis skrip bg filem 2 Alam,dan juga Jalang,filem yang menggunakan wanita seksi dan aksi ghairah sebagai tarikan,dan 2 filem ini mendapat kritikan yang hebat kerana menggunakan tarikan murahan.saudara,adakah saudara tidak mempunyai saudara-saudara wanita atau anak perempuan?apa perasaan saudara jika anak atau saudara perempuan saudara menjadi simbol tarikan negatif hanya bagi meraih populariti?adakah saudara sedar filem-filem murahan ini tidak sampai mesejnya?minta maaf saudara,hanya pendapat,assalamualaikum.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Sobri...terima kasih banyak2lah kerana saudara mengikuti perkembangan saya...Saya sangat yakin dan percaya saudara belum menonton sepenuhnya filem PERTAMA arahan saya ni. Keduanya,ingin saya pertegaskan di sini yang filem JALANG itu saya adalah salah seorang PENERBITnya dan bukan penulis atau pengarahnya. 2 ALAM pula saya adalah salah seorang PENERBIT dan merupakan penulus skripnya tetapi penulis lakon layar dan arahannya adalah kedua-dua pengarahnya. Amat berbeza di MALAYSIA TERCINTA ini dalam pembikinan filem lebih2 lagi filem yang menggunakan kamera 35mm.
    Berbalik kepada ABU YA ini saya sangat berharap agar saudara menonton dahulu cerita tersebut dan kemudian baru saudara menilai dan memberi buah fikiran kepada saya supaya saya boleh membetulkan kelemahan dan kekilafan diri saya. Pun begitu buat pengetahuan saudara ABU YA saya hanyalah seorang penulis skrip,penulis lakon layar dan pengarahnya tetapi bukan PENERBITNYA. JIKA saudara ingin menilai karya dan terbitan sepenuhnya karya saya harap tunggu KHON MALAY. Terima kasih banyak2 di atas kepekaan anda...Insyaallah saya akan mengambil kira semua pandangan yg dilontarkan dlm bolg ini khasnya dan dari semua media di tanahair amnya demi mutu & kualiti hasil kerja saya...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sedara. . .filem abuya ni mmg ada baiknya..masyarakat dapat tahu cerita sebenarnya berkenaan pengasas ajaran sesat.. saya amat tertarik dgn thriller filem ini dan ingin sekali menontonnye. selepas menontonye, saya sebagai seorang PENONTON kecewa dengan jalan cerita yang tonggang langang..seperti tiada plot..gaya bahasa yang digunakan terbaik tetapi ada sebahagian dialog2 yang mengarut..saya terlalu keliru dengan ending cerita ini..abuya menentang siapa?siapa yang memakai serba serbi hitam??yang lawan cuma beberapa orang??yang memegang senjata hanya melihat??kalau fikir logik akal pun penonton boleh tergelak besar..
    -majulah filem malaysia

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana menonton...utk ketika ini itulah yg mampu gue n my team berikan kpd khalayak...Apapun Gue n myteam telah berpuas hati kerana filem ini berjaya menemui penonton walaupun hanya kami yg tahu betapa sukarnya utk menghabiskan pengambaran, lpf,a n p n bulkprinnya. Kita akan cuba menghasilkan part 1, 3 n 4 dengan lebih bertanggungjawab pada masa akan datang...Semua kesalahan dan kekurangan dlm filem ini adalah salah Gue kerana banyak tidak mengambil kira situasi sebelum pengambaran,waktu pengambaran, ketika promosi dan pemilihan penerbit! TQ...

    ReplyDelete
  5. Dear producer,

    Seriously the worst movie EVER! Takde jalan cerite langsung and sound pun macam haram. Bunyi burung bukan main kuat, bunyi ejin lori takde plak. How do u make a movie if takde continuity ni terus jump2. Tiba2 mamat polis tu kena rejam what the fuck man???!!!

    You better stop writing or producing la because this movie seriously is a piece of shit.

    ReplyDelete