Monday 4 April 2011

ABU YA-kesesatan melangkaui batasan : Part 11



Perkhabaran dari LPF; hari ni merupakan hari ke-3 filem pertama gue berada di KDN. Katanya terpaksa melalui sekurang-kurangnya satu screening lagi kerana semalam dia orang screening tak cukup komitie tanpa kehadiran panel dari JAKIM. Tak mengapalah...biar dia orang tengok sampai puas hati dulu kerana nanti tak akan timbulperkara berbangkit di belakang hari. Perjalanan ceritanya terlalu mudah tetapi katanya ada menyentuh sensiviti keagamaan! Tak tau lah dari sudut mana yang menyentuh sensiviti keagamaannya. Gue & team bikin filem ini dengan penuh tanggungjawab dan berpaksikan kepada satu TEMA cerita iaitu KETAKSUBAN MEMBABIBUTA KEPADA PEMIMPIN AKAN MENYEBABKAN RUNTUHNYA SESEBUAH KOMUNITI! Pelarisnya adalah Faizal Hussein,Suhaillah Salam,Jue Aziz,Adrea Abdullah,Iqbal Mazlan dan beberapa teman gue yang lain seperti Yank Kasim, Ary Muhammad, Khir Md Nor,Halim Rahman, Roy Madada & Geena Alif.

Cuma mungkin kupasan tentang KESESATAN di dalam filem ini agak terperinci lantaran itulah ianya terpaksa melalui screening berulang kali. Ini adalah petanda kepada gue & team yang filem ini bakal mengundang kontroversi & akan menarik khalayak untuk menonton lebih dari sekali walaupun perjalanan ceritanya agak mellow bagi sesetengah pengkritik!

Gue berharap & amat berkeyakinan yang unit A&P filem ini akan mengambil kesempatan sepenuhnya untuk boomkan filem ini sebelum tayangannya! Insyaallah.

Apa pun harapan yang gue & team sandarkan kami tetap berpijak di bumi yang nyata kerana situasi ketika ini tidak banyak membantu filem-filem tempatan; ditambahkan dengan Skim Wajib Tayang yang telah dikurangkan menjadi 1 minggu 1 filem Melayu dewasa ini.

Filem ini akan buat pertama kalinya menemui khalayak ialah pada 16 September 2011 melalui TAYANGAN DIRAJA yang bakal diumumkan dalam masa terdekat oleh Penerbitnya!  

1 comment: