Monday 4 April 2011

BABY- PRIDE in the name of FIGHT


SINOPSIS
DHIN HUN seorang peninju yang tinggal di sempadan Malaysia Thai di utara Kedah. Isterinya bernama Vainee dan mempunyai 2 orang anak bernama bernama Aikon dan Baby Cintya. Baby Cintya dilahirkan disaat Deng Hong menang satu perlawanan tinju di selatan Thailand.
Kerana bapanya seorang peninju menyebabkan Baby Cintya tidak dapat lari dari minatnya terhadap tinju. Abangnya Aikon juga menjadi seorang peninju dan akhirnya dia sendiri menguruskan kelab tinju ayahnya setelah ayahnya bersara. Dari situ juga lah Baby Cintya berlatih dari hari ke hari sebagai peninju.
Suatu hari datang seorang penganjur pertandingan tinju bernama BAI ALI yang akan  menganjurkan perlawanan tinju peringkat amatur yang melibatkan peninju wanita yang pertama dianjurkan di Thailand. Dalam pertandingan itu Baby Cintya telah menang.
Sejak dari itu Baby Cintya telah menjadi seorang peninju dan menjadi terkenal. Perlawanan demi perlawanan disertai oleh Baby Cintya sehinggalah dia menjadi seorang peninju profesional dan mendapat latihan di Kuala Lumpur. Dengan bantuan promoter terkenal iaitu Bai Ali, banyak pertandingan di peringkat antarabangsa sehingga dia berjaya mendapat ranking dunia di peringkat light heavyweight.
TERBITAN: NORTHSTAR ACRES SDN BHD
PENERBIT: FARID OMAR, IMRAN HAJI ISMAIL
PENGARAH: IMRAN HAJI ISMAIL
PENOLONG PENGARAH: SAM RAMLEE, SHAH, RASHID
PENERBIT EKSEKUTIF: SAM, SYED PA, JOE, TOI
DOP: MIMIE
PENERBIT PENYELARAS: ANJAS, MING, KHALID
PELAKON UTAMA: FAIZAL HUSSEIN, JULIA ZIEGLER
TARIKH PENGAMBARAN: 16 MEI 2011
PENGARAH A&P: NINA IMRAN
PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM: BAI GRINDER


1 comment: