Monday, 4 April 2011

EMOSI ISTERI PERTAMA...SUHAILLAH SALAM


Watak RUBIYAH di dalam ABU YA yang dibawa oleh SUHAILLAH pasti akan menjadi perbualan pengkritik filem tempatan kerana pelakon ini telah berjaya memainkan emosinya dalam ruang yang sangat terhad! Tanpa banyak melaukan pergerakan dan bahasa tubuhnya,SUHAILLAH telah berjawa menjiwai watak seorang isteri tua yang sedang terseksa secara emosi.

Dia sanggup dan merelakan segala yang dilakukan oleh suaminya dalam usaha untuk mempertahankan dan membuktikan kesetiaan,kasih & sayangnya kepada sebuah ikatan yang dipanggil perkahwinan.

Watak RUBIYAH di dalam filem ini tidak menampakkan sebarang persaingan dengan ketiga-tiga madunya. Watak ini berdiri dengan kekuatan emosi pelakonnya dan pemilihan SUHAILLAH SALAM untuk watak ini adalah sesuatu yang tepat!

2 comments:

  1. Anda sememangnya tidak berminat kah dengan pelakon-pelakon wanita Malaysia? Melihat kepada trend anda, pelakon dari singapura yang mendapat banyak peluang untuk menonjul dalam karya anda? Tolonglah...jangan jadi kera di hutan disusui anak di rumah mampus kebuluran! Bukan bagus sangat orang-orang Singapura tu...negeri pun kecil...berapa kerat orang singapura nak nengok filem anda? renung-renungkan lah saudara pengarah 7 penerbit!

    ReplyDelete
  2. kepada encik anonymous

    anda semestinya seorang melayu yang masih berotak sempit.memangla banyak pelakon di malaysia ni tapi apa kata kita pelbagaikan industri filem malaysia?kan menarik?tak mungkin dan saya percaya pihak produser sekalipun tidak sekali kali anak tirikan bakat negara kita.tapi,apa la salahnya kita ambil pelakon luar,sebagai satu daya cabaran?anda tidak suka cabaran?maka itu la orang melayu kita LEMAH,kerana takut cabaran dan malas nak berusaha.kalau anda encik anynomous tidak suka cabaran,baikla encik tinggal di kawasan tundra kerana tiada siapa akan mencabar anda dan tidak ada diversiti disana.bye.

    ReplyDelete