Monday 4 April 2011

DATIN GHAIRAH OST

Ahaaaaa...inilah dia filem ke 2 DE BARON yg mana gue salah seorang penerbitnya yang akan menemui khalayak pada hari raya puasa nanti. Insyaallah. Filem ini ramai yg kata filem sampah kerana kami bikin 13 hari sahaja. & Pengarahnya adalah seniman besar SABRIE FADZIL. Kepujuan harus di berikan kepada Sutradara ini kerana dia berjaya menghabiskan filem ini dalam masa 13 HARI. Sekurang-kurangnya filem ini telah siap sepenuhnya dan akan diedar oleh MIG! Ramai yang kata Sutradara ini di selamatkan oleh penampilan Aaron Aziz & Maria Farida. Betul ke begitu? Apa apa pun gue tak kisahlah asalkan filem ini dapat kutip balik duit pembikinannya sahaja. Sebagai seorang kawan gue secara peribadinya bangga juga dengan diri sendiri kerana dapat kasi SABRIE FADZIL peluang buktikan apa yg dia dok war-warkan kepada industry pasal filem ini. Mungkin tak sampai 40 juta kutipannya tetapi sekurang-kurangnya ada sesuatu yg mampu dibuktikan! Filem ini akan berjaya tetapi bukan dari segi kutipannya tetapi dari sudut yg lain...paling tidak pun ini adalah sumbangan dari syarikat untuk menambahkan bilangan pengarah di dalam industry. Samada pengarah itu pengarah sampah atau tidak, biarlah khalayak yang tentukan! Hahahahahahaahhahahahahahahahaah.

No comments:

Post a Comment