Friday, 15 April 2011

AKHIRNYA...LPF POTONG 2 MINIT FILEM ABU YA-kesesatan melangkaui batasan

SALAM Ya SALAM... Nampaknya selepas berada di LPF selama 10 hari filem pertama arahan gue ABU YA Part II- kesesatan melangkaui batasan; telah diluluskan oleh LPF DENGAN PEMOTONGAN  2 minit 30 saat. ALHAMDULILLAH! Antara scene yang di potong tapis ialah pada reel 2,reel 4 dan reel 5.Ianya melibatkan 6 shot sahaja! Langsung tidak menjejaskan apa cerita yang diangkat ke layar perak ini! Tiada sebarang pemotongan keseluruhan scene dan kepujian sudah semestinya diberikan kepada 1'st Ast Drct-Sam Ramly dan Penyunting kesayangan Gue, Brader Salim Saifuddin yang telah banyak mengenengahkan idea bagi kesuksesan filem ini. Tq to u all!

Sesungguhnya semua scene yang cuba Gue paparkan di dalam filem pertama Gue ini adalah diangkat dengan penuh tanggungjawab & keikhlasan dalam menterjemahkan setiap babak itu dapat dilihat & dirasai oleh panel penapisan! Kewajaran setiap babak juga tidak dapat dipertikaikan kerana diperkuatkan dengan dialog yang sangat memikat ahli lembaga penapisan!

Sebagai sebuah naskah seni yang terlalu rapat dengan kesusateraan moden, tidak keterlaluan Gue katakan ABU YA adalah sebuah hasil kerja seni berkumpulan yang sangat menekan kepada kekuatan kata bual.

Filem ini menjadi lebih cantik dengan persembahan meyakinkan dari FAIZAL HUSSEIN dan dibantu oleh SUHAILLAH SALAM,ADREA ABDULLAH & JUE AZIZ. Watak-watak yang dijayakan oleh YANK KASIM,KHIR MD NOR,ARY MUHAMMAD,ROY MADADA,HALIM RAHMAN & IQBAL MAZLAN ternyata mengangkat ABU YA sebagai HERO ANTAGONIS yang belum pernah dilihat di layar perak lewat eksperementasi dari filem era 60-an 'ISI NERAKA'!

Insyaallah...jika segala-galanya berjalan dengan lancar...filem ini akan menemui penonton pada penghujung November tahun ini!

No comments:

Post a Comment